Perjumpaan dengan pensyarah yang awesome
Assalamualaikum dan selamat malam. Sebelum saya memulakannya saya mohon maaf kerana ayat saya mungkin sedikit terikat bahasanya. Baiklah. Memandangkan minggu ni saya penuh dengan melayani kerja-kerja assignment yang lain sekarang baru ada masa untuk update tentang perkembangan gerakan kerja kami sekumpulan. "Reduce, Reuse, Recycle" , 3R. Projek kumpulan yang perlu kami lakukan pada hari tertentu. Sebelum menjalankan projek kami sekumpulan telah berjumpa dengan pensyarah penasihat tentang kertas kerja projek. Perbincangan itu, kami telah pergi berjumpa dengan pensyarah kursus di bilik pejabatnya di Pusat Citra kampus secara bergilir-gilir dengan kumpulan lain. Perjumpaan semasa 23 Oktober 2017, kira-kira pukul 4 petang dan mengambil masa 15 minit untuk berbincang. Dalam perbincangan tersebut, ketua kumpulan kami telah memberikan kertas kerja projek dan menerangkan tentang projek yang bakal kami laksanakan. Melalui penerangan itu kami dapat lihat bahawa projek yang kami ...