Perjumpaan dengan pensyarah yang awesome

Assalamualaikum dan selamat malam. Sebelum saya memulakannya saya mohon maaf kerana ayat saya mungkin sedikit terikat bahasanya. Baiklah. Memandangkan minggu ni saya penuh dengan melayani  kerja-kerja assignment yang lain sekarang baru ada masa untuk update tentang perkembangan gerakan kerja kami sekumpulan.

"Reduce, Reuse, Recycle" , 3R. Projek kumpulan yang perlu kami lakukan pada hari tertentu. Sebelum menjalankan projek kami sekumpulan telah berjumpa dengan pensyarah penasihat tentang kertas kerja projek. Perbincangan itu, kami telah pergi berjumpa dengan pensyarah kursus di bilik pejabatnya di Pusat Citra kampus secara bergilir-gilir dengan kumpulan lain. Perjumpaan semasa 23 Oktober 2017, kira-kira pukul 4 petang dan mengambil masa 15 minit untuk berbincang. Dalam perbincangan tersebut, ketua kumpulan kami telah memberikan kertas kerja projek dan menerangkan tentang projek yang bakal kami laksanakan. Melalui penerangan itu kami dapat lihat bahawa projek yang kami pilih diterima pensyarah cuma hanya perlu menambah sedikit pembaikkan dalam perancangan projek. Mengikut perancangan asal dalam kertas kerja mengatakan bahawa kami akan melaksanakan suatu projek berkongsi pengetahuan dengan umum berkaitan 3R di kawasan pusanika. dalam perancangan kami hendak menggunakan suatu perkongsian tentang bagaimana masyarakat boleh menggunakan semula bahan terbuang seperti botol untuk dijadikan bahan kitar semula. Selain itu, kami bercadang untuk menggunakan edaran flyers kepada pelajar kampus ini. Namun begitu, pensyarah sebagai penasihat telah menyarankan agar kami menjalankan projek di kawasan fakulti kami sahaja. Memandangkan fakulti kami antara fakulti yang sememangnya ramai pelajar dan ia berkemungkinan dapat menarik perhatian pelajar. Menurut pensyarah juga tindakan mengedarkan flyers tentang kitar semula bahan tidak perlu dilakukan kerana ia tidak akan memberi kesan kepada pelajar untuk melakukannya. Kata pensyarah lagi kami hanya akan membazirkan wang ringgit untuk mengedarkan flyers. Dalam perbincangan juga pensyarah menyarankan agar setiap ahli kumpulan menyediakan suatu bahan kitar semula yang ingin dikongsikan. 

Selepas berbincang dengan pensyarah dalam biliknya, kami juga berbincang dalam kumpulan berkenaan perkara yang disebut pensyarah. Kemungkinan kami akan mengubah sedikit kertas kerja kemudian ditunjukkan semula kepadanya.

Apa yang ingin kami rancangkan ialah semestinya tidak menggunakan edaran flyers. Kami juga akan memilih fakulti sendiri untuk menjalankan projek dan menambah beberapa bahan kitar semula untuk dikongsikan kepada pelajar sebagai audians.



 selfie wefie dulu sementara tunggu turn jumpa pensyarah 😂😂😂



Written by : Isabelah Harun


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Program 3R " Something Old Something New"

Produk 3R Kami