Refleksi Individu: ISABELAH BINTI HARUN A160668
ISABELAH BINTI HARUN
A160668
A160668
Assalamualaikum dan salam sejahtera. kali ini saya ingin berkongsi tentang refleksi berkaitan kursus citra Pembangunan Diri. Pada mulanya saya memilih kursus ini bertujuan untuk meningkatkan potensi dan mengembangkan bakat serta meningkatkan keyakinan diri. Banyak yang saya harapkan dapat dalam kursus ini. saya yakin dan percaya rakan-rakan lain juga berfikir sedemikian. Jika dilihat nama kursus yang gempak dan menarik jadi saya mengambil keputusan untuk memilih kursus ini.
Di awal kelas pensyarah kursus telah memberi pengenalan terhadap isi-isi kursus. saya dapati segala yang terkandung dalam kursus tertumpu kepada mengajar saya untuk membangunkan diri. Pengisian kelas penuh dengan cara bagaimana kita membangunkan diri. Berani bersuara di hadapan orang ramaia, bekerjasama dengan rakan dan berinteraksi dengan orang-orang yang kita tidak kenali.
Dalam kelas kursus ini, ia bukan sahaja mengajar saya untuk menambah keyakinan tetapi juga ia menajgar saya untuk berfikir lebih profesional. salah satu pengisian kursus ialah melakukan projek bersama ahli kumpulan. dalam berkumpulan sememangnya kita perlu memberi kerjasama dan komitmen yang baik. sejujurnya bagi saya kerja berkumpulan akan lebih mudah dan projek menjadi lancar. hal ini kerana dalam kumpulan ramai yang saya harapkan melakukan kerja. namun begitu, apabila terdapat ahli kumpulan tidak omemberi komitmen yang baik dan hanya mengharapkan ahli lain melakukannya suatu projek akan tergendala untuk dilaksanakan. apa yang saya dapati sebelum dan semasa projek, kami sekumpulan memberi kerjasama yang baik kerana jika tidak sudah pasti hasil projek kami tidak memuaskan. selepas projek kami berpuas hati kerana berjaya menghasilkan projek di hadapan orang ramai. projek ini banyak mengajar saya dalam membangunkan diri dengan yakin bercakap di hadapan orang, menarik perhatian orang untuk mendengar dan berkomnukasi dengan baik.
Program terakhir yang saya ikuti dalam kursus ini adalah Program Mengindahkan Bandar Baru Bangi. dalam program juga saya mempelajari banyak ilmu. Timbul kesedaran tentang pentingnya kebersihan alam sekitar kita demi menjamin kesejahteraan hidup. tambahan pula, saya sempat berinteraksi dengan orang awam semasa program. Kami berbual-bual tentang kebersihan alam sekitar dan pengalamannya semasa mengikuti program membersihkan kawasan banjir. ketika itu barulah saya sedar tentang kebersihan tidak akan terjaga jika kita sendiri membiarkan berlaku kekotoran.
kesimpulannya, dalam kursus ini saya banyak mendapat manfaat kerana ia mengajar saya untuk lebih berdikari. Program-program yang disediakan juga membantu untuk saya membangunkan diri bagi menambah keyakinan dalam membuat sesuatu keputusan dan kerja.
Ulasan
Catat Ulasan