Refleksi Individu: NORLINAH BINTI AMINODIN A161267
Refleksi Individu
Norlinah Binti Aminodin (A161267)
Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada semua. Syukur alhamdulillah akhirnya saya dapat
menyelesaikan segala tugasan yang telah diberikan dalam kursus ini. Kursus
pembangunan diri ini merupakan satu kursus yang boleh membantu dalam
meningkatkan keyakinan dalam diri. Melalui kursus ini banyak perkara yang saya
telah alami dan pelajari. Sepanjang saya mengikuti kursus ini, saya menjadi lebih yakin
untuk tampil kehadapan, bercakap dengan penuh keyakinan dan sebagainya. Pada
awalnya, saya tidak berapa yakin untuk berinteraksi dengan orang lain kerana
beranggapan bahawa saya tidak mampu untuk berbuat demikian. Namun, dengan
adanya program yang kami adakan itu telah memberikan satu perubahan dalam diri
saya yang mana saya mempunyai keyakinan yang tinggi untuk bercakap dihadapan
khalayak serta berani untuk tampil kehadapan. Hal ini kerana saya beranggapan
bahawa saya boleh lakukan kerana program kami ini memerlukan komunikasi dan
keberanian yang tinggi untuk menarik perhatian meraka mendengar tentang apa itu
3R?.
Selain itu, banyak perkara yang
telah saya pelajari daripada kursus ini. Salah satunya daripada projek kami
sendiri iaitu 3R “ Something Old Something New”. Melalui projek 3R ini, saya
telah mempelajari cara membuat pasu bunga daripada botol. Sebelum ini saya
tidak pernah tahu bahawa botol mineral boleh dicipta menjadi pasu bunga yang
cantik dan unik. Saya mula mempelajari cara-cara membuat pasu bunga itu melalui rakan
sekumpulan saya sendiri. Kemudian, saya juga telah menghasilkan dua kotak
pensil yang saya buat sendiri mengikut kreativiti. Penghasilan kotak pensil itu
saya hasilkan kerana ia adalah pengetahuan yang memang sedia maklum. Akan tetapi,
dalam peghasilan kotak pensil tersebut saya mengalami sedikit kesukaran dalam
memotong mengikut bentuk yang cantik. Namun, saya dapat mengatasinya kerana
kesungguhan untuk menjayakan program tersebut. pada waktu itu, kotak pensil itu
dihasilkan sebagai cenderamata kepada pemenang yang telah menjawab soalan
dengan betul.
Oleh itu, sepanjang menjalankan
projek ini saya sangat berpuasa hati dengan apa yang kami laksanakan. Hal ini demikian
kerana, banyak mendappat sambutan daripada pelajar. Kemudahan yang digunakan
untuk menjayakan projek ini berjalan dengan lancar. Disamping itu, dalam
menjayakan projek tersebut kami juga ada menggunakan beberapa pendekatan seperti
melalui facebook dan instagram live untuk mendapatkan feedback daripada orang lain mengenai projek 3R yang kami lakukan. Alhamdulillah,
kami mendapat feedback yang positif
malah ada sesetangah daripada mereka memberikan cadangan dan sebagainya.
Akhir sekali, kursus ini sangat memberi impak yang besar kepada diri saya sendiri bukan sahaja melalui projek yang kami telah lakukan tetapi termasuklah dengan sepanjang kuliah yang telah berikan.
Ulasan
Catat Ulasan