Refleksi Individu: Nur Nadhirah Bt Mohd Noordin A161942
Nur Nadhirah Bt Mohd Noordin (A161942)
Asslamualaikum dan salam sejahtera semua yang membaca blog ini😘. Sepanjang saya memilih kursus pembangunan diri menjadi salah satu subjek saya di universiti kebangsaan Malaysia ini. Kursus ini menjadikan saya lebih beryakinan untuk bercakap di hadapan khalayak kerana kami diberikan tugas untuk melaksanakan satu program yang mengikut kehendak kami😉. Oleh itu, saya pada mulanya malu untuk berkomunikasi dengan orang awam kerana dialek Terengganu saya sangat ketara👉👈. Oleh itu, saya akan kurang bercakap depan khalayak yang bukan satu kelas dengan saya😢. Namun, dengan program yang kami adakan ini memberikan peluang kepada saya untuk berkomunikasi depan khalayak kerana kami perlu menarik minat mahasiswa dan mahasiswi UKM untuk memberitahu tentang perkongsian kami mengenai 3R😍.
Oleh itu sepanjang kami buat penyediaan projek tersebut, saya mengalami kekangan untuk berkumpul kami secara kumpulan kerana masing-masing menpunyai komitmen yang perlu dilakukan😥. Oleh itu, ketua kami menyelesaikan masalah tersebut hanya membahagikan tugas masing-masing dalam "group wasap" sahaja💭. Selain itu, kami mempunyai masalah ketika ingin membuat produk yang kami pilih sebagai tugasan kumpulan kami. Oleh itu, saya mempelajari dalam youtube cara untuk menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan botol air🌹. Pada mulanya saya mengalami kesukaran untuk mengikuti langkah yang ditunjukkan dalam youtube tersebut😅. Namun, saya menggunakan sebanyak 2 botol air mineral yang bersaiz besar supaya saya mendapatkan hasil yang terbaik😙.
Selain itu, pada hari program berlangsung ia memberikan keyakinan kepada saya untuk menerangkan kepada setiap mahasiswa dan mahasiswi mengenaikan kepentingan 3R♻. Pada yang sama saya juga beryakinan untuk membuat demotrasi mengenai cara untuk membuat pasu bunga dengan menggunakan botol air. Pada program dijalankan saya turut merasai agak sedih kerana pelajar tidak memberikan tindak balas untuk mendengar perkongsian saya hanya 5 minit sahaja😔. Namun, jika ada pelajar yang memberikan tindak balas ia merupakan tindak balas yang sangat luar biasa kerana mereka begitu teruja mendengar perkongsian yang kami berikan kepada mereka💕.
Akhir sekali, selepas selesai semua program tersebut, ia memberikan satu keyakinan dan juga kelegaan kepada saya kerana program tersebut berjalan dengan lancar dan dapat seperti kami semua harapkan. 💪💪
Ulasan
Catat Ulasan