Refleksi Individu: SITI NOR AISAH BINTI ABD AZIZ A159437

SITI NOR AISAH BINTI ABD AZIZ
A159437

Kursus LMCR1052 Pembangunan Diri 1 telah merupakan satu kursus yang sangat berkesan untuk pelajar yang ingin mencabar diri mereka membuat sesuatu diluar pengalaman mereka. Pada mulanya saya tidak mengetahui apakah isi kuliah kursus ini dan apa yang saya akan dapat melalui kursus ini. Namun setelah saya mengikuti kursus ini selama satu semester ia telah banyak mengajar saya tentang bagaimana untuk saya membagunkan diri saya daripada kebiasaannya.
Dalam kursus ini, saya didedahkan dengan pelbagai kemahiran. Antaranya kemahiran berkomunikasi, kemahiran editing video, kemahiran membuat poster, kemahiran kerja berkumpulan dan banyak lagi. Apabila saya mengetahui bahawa saya dan ahli kumpulan harus melaksanakan satu projek, saya berasa amat risau kerana bilangan ahli dalam setiap kumpulan tidaklah seperti program-program yang pernah saya ceburi sebelum ini. Hal ini sangat mencabar bagi diri saya apabila saya dilantik menjadi ketua kumpulan. Namun apabila tiba hari pelaksanaan program tersebut, saya bagaikan tidak percaya bahawa saya mampu melaksanakan program itu dengan jayanya dan mendapat sambutan yang sangat ramai daripada pelajar-pelajar ukm.
Selain itu, setiap pelajar juga telah diberi arahan untuk membaca bahan kuliah dalam ifolio dan membuat perbincangan menerusi group whatsapp. Pada pendapat saya, pendekatan pembelajaran atas talian adalah sangat baik kerana setiap pelajar dapat berkongsi dan berbincang sesuatu topik dalam satu masa. Hal ini menjadi sangat menarik, kerana aplikasi whatsapp adalah medium utama komunikasi pada masa kini.
Dalam pada itu, setiap pelajar turut didedahkan dengan aktiviti bersama komuniti yang mana merupakan satu usaha mahasiswa untuk menunjukkan bakti kepada masyarakat setempat. Program yang mengabungkan dua kursus iaitu kursus Pembangunan Diri 1 dan kemahiran menulis ternyata telah memberi impak yang positif terhadap diri saya sendiri dan rakan-rakan yang lain. Daripada situ, saya dapat mengenali rakan-rakan di luar kursus ini malahan juga penduduk setempat. Tambahan pula, aktiviti gotong royong ini telah mengajar saya erti keikhlasan dalam membuat sesuatu pekerjaan. Walaupun kami tidak diberi upah membersihkan kawasan tersebut, tetapi setelah selesai program tersebut masing-masing berasa sangat gembira dan berpuas hati dengan hasil kerja mereka.

Sesungguhnya saya rasa sangat bertuah berada dibawah bimbingan Puan Fatin Hazwani @ Hasidah Binti Siran kerana puan sentiasa menyokong dan memberi bimbingan kepada saya dan ahli kumpulan dari awal kuliah sehinggalah tamat kuliah ini. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Program 3R " Something Old Something New"

Produk 3R Kami