Refleksi Individu: NURAZMALIA BINTI ZAINAL ABIDIN A161175


 NURAZMALIA BINTI ZAINAL ABIDIN
A161175

Kursus LMCR1052 Pembangunan Diri merupakan antara salah satu subjek citra Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjadi pilihan saya. Pada permulaan kuliah, sewaktu perjumpaan pertama saya memasuki kursus ini saya tidak dapat memahami dengan jelas apa intipati mengenai kursus berkenaan. Tetapi selepas diberikan pendedahan dan penerangan mengenai kursus pembangunan diri ini telah memberikan saya suatu kelainan yang agak berbeza. Hal ini demikian kerana setelah mendengar penerangan oleh pensyarah telah menimbulkan kesedaran dalam diri saya bahawa kursus ini dapat memberi kesedaran dan manfaat kepada diri sendiri. Kursus ini juga mengajar saya bagaimana hendak memupuk daya keyakinan diri sewaktu berhadapan dengan khalayak dan mengajar saya untuk lebih yakin lagi dalam memberi pandangan dan cadangan.
      Selain itu, kursus pembangunan diri ini telah memberi peluang kepada saya dan ahli-ahli kumpulan untuk menjalankan satu projek secara berkumpulan. Saya dan ahli kumpulan juga di beri peluang untuk membuat satu projek dan melakukan penerangan di hadapan beberapa khalayak. Malahan, saya dan ahli kumpulan yang lain dapat memberi perkongsian maklumat mengenai projek yang kami pilih iaitu Something Old, Something New. Melalui perkongsian maklumat ini juga memberi peluang kepada saya untuk lebih yakin berkomunikasi dengan khalayak sekaligus dapat memupuk daya keyakinan dalam diri untuk berinteraksi dengan khalayak.
Seterusnya, melalui kursus pembangunan diri ini juga bukan sahaja di adakan sesi perkuliahan di dalam kelas tetapi kami juga turut di turut melakukan perbincangan melalui group whatsapp’ di mana kami dapat bertukar-tukar pendapat dan kefahaman yang berlainan mengenai pertanyaan dan persoalan yang diajukan oleh Puan Fatin Hazwani iaitu merupakan pensyarah kursus pembangunan diri ini. Melalui kursus ini juga turut memberi peluang kepada saya menyertai kerja-kerja kemasyarakatan iaitu menerusi Program Mengindahkan Bandar Baru Bangi. Saya juga dapat bersama-sama dengan rakan-rakan lain dari kursus yang berlainan untuk bekerjasama membersihkan Bandar Baru Bangi ini.
Kesimpulannya, kursus ini sedikit sebanyak membantu saya untuk memupuk daya keyakinan dalam diri, berhadapan dengan khalayak, berinteraki bersama khalayak, melakukan kerja-kerja bermasyarakat dan sebagainya. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Program 3R " Something Old Something New"

Produk 3R Kami