Refleksi Individu: FATIN NUR ATIQAH BINTI NORIZAN A160464
FATIN NUR ATIQAH BINTI
NORIZAN
A160464
Khursus LMCR 1052 PEMBANGUNAN
DIRI adalah salah satu khusus yang ada dalam subjek citra Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Subjek ini menjadi pilihan saya untuk mengikutinya pada
semester 1 tahun 2 2017/2018. Apa yang saya dapat sepanjang mengikuti khursus
ini banyak faedahnya antaranya ialah saya dapat memperlajari perkara yang
berkaitan leadership dimana saya mendapat maklumat bagaimana menjadi seorang ketua
dalam sebuah organisasi atau kumpulan. Ini saya dapat lihat pada kumpulan saya
semasa ingin melancarkan program “Something
old something new” bagaimana ketua saya membahagikan tugasan kepada ahli
kumpulan.
Selain
itu, saya dapat mengetahui jenis-jenis pemerintahan yang telah diajar oleh
pensyarah khursus melalui pelbagai media yang digunakan. Misalnya watsapp dan
ifolio. Hal ini memperlihatkan saya bagaimana pensyarah khursus telah
menggunakan komunikasi 2 hala secara maya.
Seterusnya,
apa yang saya pelajari ialah dapat memupuk semangat cinta akan alam sekitar
melalui program mengindahkan Bandar Baru Bangi (BBB). Apa yang saya dapat ialah
dapat melatih diri agar pelihara keadaan sekelilingan daripada membuang sampah
merata-rata. Selain itu juga dapat memupuk semangat kesukarelawan yang ada
dalam diri saya agar melakukan kerja-kerja kebajikan.
Akhir
sekali, apa yang saya dapat adalah dapat memahmi konsep 3R melalui kajian yang
dipilih dan memaanfaatkannya. Saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan
mengenai konsep 3R. Saya juga dapat berkongsikan maklumat 3R kepada
pelajar-pelajar yang lain khususnya pelajar Fssk. Saya juga dapat merapatkan
hubungan antara ahli kumpulan dimana ahli kumpulan saling membantu untuk
menjayakan projek “Something old
something new”.
Kesimpulannya,
khursus Pembangunan Diri ini banyak membantu saya meningkatkan daya keyakinan
dan kreativiti saya agar dapat bersaing dengan dunia luar yang serba moden. Disamping
itu, dapat melatih saya menjadi manusia yang berguna dengan melakukan kerja
kebajikan.
Ulasan
Catat Ulasan